Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Bimbang kumpulan kemaraan pengganas IS (Negara Islam), kerajaan Arab Saudi mengambil inisiatif memasang pagar sejauh 800 kilometer yang lengkap dengan 5 kubu, menara kawalan dan kamera pandang malam di sempadan Iraq.
Media Saudi melaporkan negaranya sedang mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak penyusupan pengganas tersebut dengan pagar besi.
Kerja-kerja memasang pagar dua lapis ini telah dimulakan sejak 5 tahun yang lalu apabila meletusnya krisis keselamatan. Tidak cukup kamera pemantau, 50 radar juga dipasang pada pagar-pagar tersebut.
Arab Saudi mempunyai sempadan sepanjang 9 ribu kilometer dengan negara lain. Pada tahun 2009, negara ini telah menandatangani perjanjian dengan syarikat keselamatan Perancis untuk mempertingkatkan tahap keselamatan sempadan.
Kumpulan pengganas tersebut telah mengistiharkan perang dengan negara-negara pakatan anti ISIS seperti Arab Saudi.
Dua bulan lalu, tiga penjaga sempadan Arab Saudi termasuk panglima perang negara ini terbunuh dalam serangan bunuh diri yang dilancarkan ISIS.









